Thursday, August 11, 2011



Update neh untuk orang yang maki hamun aku segala bagai dalam entry neh. Nah amek ko. Baca bawah ;

KUALA LUMPUR – Keputusan ujian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebuah makmal swasta di sini mendapati minuman jenama Barbican bebas daripada elemen alkohol.


Pengarah Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Al Yateem berkata, laporan itu diterima pada 7 Jun selepas syarikat itu menghantar sampel minuman edaran pihaknya ke UKM pada 1 Jun lalu.


“Perkembangan positif ini membuktikan Barbican bebas alkohol dan selamat diminum oleh pengguna beragama Islam.


“Saya harap orang ramai terutama pengguna yang beragama Islam tidak perlu bimbang lagi untuk meminum Barbican,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.


Media sebelum ini melaporkan, syarikat tersebut menjadi syarikat kedua selepas Malaysia Iranian Corporation Sdn. Bhd. yang tampil menegaskan bahawa produk edaran mereka bebas alkohol dan boleh diminum oleh pengguna beragama Islam.

Motif aku mudah je, benda tak haram jangan pandai2 nak cakap HARAM. Hanya umat islam yang BAGHAL je suka mengharamkan yang halal. Sekian. 




1. Adakah minuman berjenama barbican ini mengandungi alkohol 0.5%?


Tidak. Minuman ini tiada alkohol langsung sepertimana yang dinyatakan oleh pemilik syarikat yang mengedarkan minuman ini di malaysia. Barbican = minuman jus buah-buahan. Barbican = tiada alkohol 0.5%. Barbican = bukanlah bir halal yang dimaksudkan itu.


2. Tapi kena barbican terkena tempias atas isu neh?


Kerana pihak berkuasa tidak menjelaskan minuman mana satu yang mengandungi alkohol maka timbul salah faham kepada pengguna malaysia. 


3. Kenapa pihak jakim tidak mendedahkan minuman mana satu yang mengandungi alkohol yang melebihi 0.5% itu?


Kurang jelas. jawapan ada pada pihak jakim sendiri.


4. Adakah minuman barbican ini mengandungi sijil halal?


Ya. Tetapi bukan sijil halal dari pihak jakim. Sijil halal ini diperolehi dari luar negara. 


Dan ini pula jawapan dari pihak jakim ;


Kuala Lumpur - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar produk minuman 'bir halal' di negara ini. 
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, Jakim juga tidak mengiktiraf sijil halal daripada syarikat produk minuman yang diimport dari negara Timur Tengah itu. 
"Ini kerana produk minuman berkenaan tidak menepati piawaian dan prosedur makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2009," jelasnya dalam satu kenyataan di sini semalam. 
Beliau mengulas laporan akhbar mengenai penjualan produk minuman jenis bir yang kononnya halal dan banyak dijual di restoran tumpuan umat Islam termasuk yang menghidangkan sajian nasi Arab. 
Berdasarkan kajian, ada produk yang diimport dari negara Arab itu didakwa mempunyai kandungan alkohol 0.05 peratus dan adalah haram diminum oleh pengguna Islam kerana melepasi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. -kosmo


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...