Wednesday, May 4, 2011

GuRu BerSumpah Tak cuKUr JanGGut sampAi Osama TerKorban

Baek punyer idea giler... Nie haa seorang cikgu di Washington nekad Bersumpah dari untuk tidak akan mencukur janggutnya hingga Osama Bin Laden tertangkap. Ianya Bersumpah semenjak kejadian serangan 11 September 2001 tu berlaku.

Kini , setelah pengumuman Obama di White House tentang terbunuhnya Osama oleh pasukan elite US Dan Gary Weddle pun menepati janjinya untuk mencukur janggutnya, 2 Mei, malam.


“Saya menghabiskan lima minit pertama dengan menangis dan saya tidak dapat cepat melupakannya,” kata Weddle (50) .

Weddle, yang tinggal di East Wenatchee dan mengajar di Ephrata, ingin mencukur misainya sejak bertahun-tahun yang lalu. Janggut panjang beruban yang tumbuh didagunya membuatkan Weddle kelihatan mirip dengan Osama Bin Laden. hahahaaa

Weddle adalah seorang guru ganti di Wenatchee ketika serangan di World Trade Center dan Pentagon, dan mengorbankan kira-kira 3,000 nyawa dalam kejadian tersebut.


Weddle mengatakan dia begitu terkejut dengan berita serangan itu sehingga tidak mencukur janggutnya. Beberapa minggu kemudian, Weddle memutuskan untuk tidak mencukurnya hinggalah Osama tertangkap atau terbunuh. Weddle menyangkakan ia hanya mengambil masa satu atau dua bulan sahaja. Amik ko 1 Dekad kau tunggu...tengok la dah panjang mana...kan da macam Osama dah. Giler2..
maharaja lawak mggu 5 - Nabil

Nabil minggu ni x brape sgt berbanding mggu2 lepas...


maharaja lawak mggu 4 - Nabil

Minggu ni pon best..

Tuesday, May 3, 2011

Tip Membeli Rumah atau Kedai dan sebagainya..

Tip Kepada Pembeli Rumah Untuk Membeli Rumah dari Pihak Pemaju Perumahan (Dipetik daripada Harian Metro)

Saya harap tip yang diberikan dapat dijadikan panduan kepada para bakal pembeli rumah.

Sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, pembeli hendaklah membuat tinjauan. Antaranya adalah :

Jika membeli daripada pemaju, pastikan anda lakukan perkara-perkara berikut. 
Memastikan kedudukan dan kekuatan kewangan syarikat pemaju perumahan.
Pembeli dinasihatkan membuat lawatan ke pejabat pemaju bagi memastikan :

a) Sama ada pemaju mempunyai lesen pemaju perumahan, permit iklan dan jualan yang diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
b) Menyemak kewangan pemaju, pengarah-pengarah syarikat serta kunci kira-kira beraudit terakhir syarikat.

Perkara lain yang perlu dititik beratkan adalah :

1) Membuat lawatan ke tapak atau lokasi projek.
2) Membuat semakan dengan pejabat tanah mengenai hakmilik, nombor lot, jenis penggunaan tanah, sekatan  kepentingan, pegangan tanah sama ada kekal atau pajakan.
3) Membuat perkiraan dengan teliti kedudukan kewangan sendiri seperti kelayakan mendapat pinjaman.
4) Memberi pertimbangan sewajarnya kepada insurans perlindungan bagi jumlah pinjaman.
5) Pembeli dinasihatkan jangan terpengaruh dengan rumah contoh atau lakaran reka bentuk atau mengamalkan sikap tidak apa kerana keadaan ini menyebabkan keputusan yang akan dibuat tidak tepat.
6) Sekiranya bakal pembeli mempunyai keraguan sama ada mengenai pemaju projek atau sebagainya sila hubungi Bahagian Pelesenan dan Khidmat Nasihat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Saya harap dengan tip yang diberi, ia dapat membantu pembeli membuat keputusan dengan lebih baik.


ketahui rahsia jutawan internet
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...