Thursday, August 11, 2011

Suspek yang menyerang Mohd Asyraf di London Di tahan



Menurut polis, suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan kerana disyaki terlibat dengan rompakan dalam insiden serangan di Barking, pada Isnin lalu.
Suspek Serang Mohamad Asyraf Ditahan
Serangan ke atas Mohamad Asyraf Haziq, 20, penuntut perakaunan itu telah menjadi tajuk muka depan akhbar utama Britain selepas rakaman serangan berkenaan disiarkan ke dalam YouTube.
Ketika kejadian, Mohamad Asyraf sedang berbasikal untuk ke rumah rakannya bagi berbuka puasa.
Serangan itu menyebabkan dia mengalami kecederaan dan terpaksa menjalani pembedahan di bahagian rahang.
Dalam pada itu, Mohamad Asyraf berkata, dia terkilan kerana perusuh tersebut kebanyakannya adalah kanak-kanak.
“Ada penyerang tersebut mengugut untuk menikam saya. Sebahagian daripada mereka adalah remaja, mungkin masih di sekolah. Mereka menuntut basikal yang saya naiki,” katanya.
Namun bagi Mohamad Asyraf, serangan tersebut tidak akan melemahkannya sebaliknya dia bertekad untuk terus menetap di Britain sehingga tamat pengajian dalam bidang perakaunan.
“Keluarga saya bimbang malah ibu saya meminta supaya saya kembali ke Malaysia namun saya menetapkan untuk kekal di sini.
“”Britain adalah sebuah negara yang hebat. Sebelum datang saya begitu teruja dan saya tidak berkecil hati terhadap insiden ini,” katanya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...