Monday, January 9, 2012

Jangan Takut Kahwin Awal (credit to iluvislam.com)

"Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau."

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.



Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
"Seganlah. Nanti orang kata apa."
"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

Coretan : Lihat bagaimana lintasan melalui jalan yg halal dapat memberikan kebahagiaan pada pasangan ini. Usia sepatutnya tidak menjadi halangan bagi mereka yg ingin memperolehi redha Allah melalui jalan pernikahan. Ya, memang benar terdapat pelbagai lagi cara untuk memperolehi redha Ilahi tetapi pada konteks 'berpasangan', pernikahan yg halal ini jauh lebih baik/mulia daripada mereka yg hanya menjadikan 'status' di facebook sbagai pelengkap syarat untuk 'berpasangan' bersama pasangan mereka.
Walaubagaimanapun, keputusan mendirikan rumah tangga perlu dibuat dengan hikmah bergantung kepada keadaan pasangan masing-masing kerana kehidupan selepas bernikah adalah cabaran sebenar dan pastinya kita inginkan rumah tangga yang berkekalan sehingga akhir hayat. (^_^)

Thursday, November 3, 2011

KArtun AnimaSi MalaySia ade tARikAn teRsenDiri





Kartun animasi BoboiBoy merupakan hasil karya tempatan yang kini semakin mendapat nama di kalangan masyarakat terutama nya kanak-kanak.



Tidak lupe gak filem animasi Upin Ipin yg sgt diminati smpai da keluar satu cite dye kt panggung.. 


Tetapi tidak dinafikan bhwa kartun itu juga diminati oleh segelintir golongan dewasa atas tarikannya yang tersendiri. Sebenarnya ade beberape faktor kartun animasi tempatan lebih senang m'dapat tempat di hati pnonton :-

  1. Penggunaan bahasa malaysia yg betul dan mudah di fahami  walaupun ad gak sket2 kesilapan tatabhasa kkdg tu just utk mghidupkan suasana
  2. Jalan cerita menarik dan bersinambungan  jalan citer simple.. snang nak paham bagi kanak2.. dewasa apatah lagi..
  3. Berlandaskan latar masyarakat tempatan  bagi sesape yg belaja sastera korg akan paham dgn lebih mndalam
  4. Trademark yg mudah dipakai  contohnya : "betul3"(upin ipin), "terbaeek"(boboiboy), "lagu tema keluangman"(keluangman)
  5. Terselit banyak unsur2 moral kirenya bukan sekadar kartun kosong yg x m'beri mkna.
  6. DLL  korg mgkin lebih nmpak
Selain boboiboy dan upin ipin, jgn lupa jgak kartun animasi terdahulu
     <keluang man>sgt feymes satu mse dulu.. mmg antara kartun animasi feveret ni..


    <usop sontorian> ni pon feymes gak dlu..


    <Anak-anak Sidek>  ni yg pling feveret dan paling suka.. aku siap ad koleksi cd full skali ngn komik2 dia (tp komik ntah ke mana ntah, kene buang) tp sbb cite ni la ak pndai main badminton smpai skrg (penah wakil skola kot)

    dan sebagainya lagi.. kalo ikot ade lagi tp sbhagian tu mgkin rmai xknal sgt kot.. x m'dpat catch rating..

    p/s : sokonglah produk buatan Malaysia.. 

    Sunday, October 30, 2011

    Cukai Kereta Membebankan [credit to "beritasemasa.com"]

    4828690225 af482ec662 Cukai Kereta Import Bebankan Rakyat Malaysia. Boleh Turun?
    Cukai Kereta Import yang terlalu tinggi adalah dasar kerajaan Malaysia yang ingin melindungi Proton sehingga “memaksa” rakyat Malaysia hanya mampu membeli kereta keluaran Proton atau Perodua sahaja. Ini adalah akibat mereka yang berpendapatan rendah tidak mampu memiliki kereta keluaran negara lain yang lebih bagus dari aspek keselamatan dan kualitinya disebabkan cukai-cukai yang tinggi yang dikenakan.
    Berikut dipaparkan pada gambar-gambar di bawah, merupakan harga-harga kereta import Completely Built Up (CBU) dalam bentuk Cost, Insurance and Freight (CIF). Harga yang dipaparkan dalam dokumen dibawah merupakan harga semasa kereta import apabila sampai pelabuhan di Malaysia. Dan ini pula senarai harga kereta selepas dikenakan pelbagai duti
    import1 Cukai Kereta Import Bebankan Rakyat Malaysia. Boleh Turun?
    import51 Cukai Kereta Import Bebankan Rakyat Malaysia. Boleh Turun?
    import4 Cukai Kereta Import Bebankan Rakyat Malaysia. Boleh Turun?
    import31 Cukai Kereta Import Bebankan Rakyat Malaysia. Boleh Turun?
    import21 Cukai Kereta Import Bebankan Rakyat Malaysia. Boleh Turun?
    imported 63 Cukai Kereta Import Bebankan Rakyat Malaysia. Boleh Turun?
    import71 Cukai Kereta Import Bebankan Rakyat Malaysia. Boleh Turun?
    import81 Cukai Kereta Import Bebankan Rakyat Malaysia. Boleh Turun?
    import91 Cukai Kereta Import Bebankan Rakyat Malaysia. Boleh Turun?
    import101 Cukai Kereta Import Bebankan Rakyat Malaysia. Boleh Turun?
    Apa maksud CKD?
    CKD bermaksud Completely Knocked Down – Kereta akan masuk dalam bentuk komponen-komponen dan akan dipasang balik dalam Malaysia. Cukai yang dikenakan adalah lebih rendah.
    Apa maksud CBU?
    CBU bermaksud Completely Built-Up – Kereta import yang dibawa masuk, yang mana ianya telah dipasang siap di negara pengeluar apabila sampai ke Malaysia. Cukai dikenakan lebih tinggi daripada CKD.
    Namun, sebelum itu, perlu diingatkan bahawa harga kereta import di dalam dokumen dibawah adalah tidak termasuk cukai import yang dikenakan serta nilai keuntungan yang diambil oleh pengedar utama, kepada syarikat penjual kereta, dan harga keuntungan salesman kereta.
    Berikut merupakan kadar cukai CBU sejak tahun 2006 :cukai kereta import21 Cukai Kereta Import Bebankan Rakyat Malaysia. Boleh Turun?
    NOTA= DI : Duti import | DE : Duti Eksais | CJ : Cukai Jualan
    Berikut merupakan kadar cukai CKD sejak tahun 2006 :
    cukai kereta import Cukai Kereta Import Bebankan Rakyat Malaysia. Boleh Turun?NOTA= DI : Duti import | DE : Duti Eksais | CJ : Cukai Jualan
    Jika diperhatikan secara teliti, kita ambil contoh mudah di sini iaitu, katakan anda ingin membeli kereta Subaru Impreza WRX 2.0, harga CIF di yang dipaparkan pada imej di tas menunjukkan harga dari pengeluar termasuk kos penghantaran ke Malaysia adalah RM 60,291 sahaja. Namun, setelah dicampurkan dengan Duti Import, Duti Eksais dan Cukai Jualan Mengikut jadual cukai yang diberikan, harga kereta import ini terus melambung tinggi :
    (30% +90% + 10% ) x Harga CIF Kereta (RM60,291)  jumlahnya:
    (RM18,087.30 + RM54,261.90 + RM6,029.10) = RM 78,378.30
    subaru1 Cukai Kereta Import Bebankan Rakyat Malaysia. Boleh Turun?Harga cukai kereta import ini pula perlu ditambah kembali kepada harga CIF kereta tersebut iaitu RM 78,378.30 + RM 60,291 dan harga kereta Subaru Impreza WRX 2.0 untuk masuk ke Malaysia adalah kira-kira RM 138,669.30. Dan harga  ini belum lagi mengambil kira :
    1. Harga keuntungan yang bakal diambil oleh pengedar utama dan harga keuntungan salesman.
    2. Selain itu, jumlah ini belum lagi dicampur dengan insuran dan cukai jalan untuk membolehkan kereta ini berada di atas jalanraya di Malaysia.
    Daripada contoh di atas, adakah anda nampak sebenarnya harga kereta yang cukup hebat dan gah itu, hanya murah sedikit daripada harga kereta Proton Waja? Dengan berbekalkan kuasa kuda dan tork  yang lebih hebat, Twin Airbags di depan serta di sisi, dibekalkan pula dengan sistem brek ABS dan aspek dalaman serta luaran yang lebih baik kualiti, ianya lebih baik serba-serbi daripada Proton Waja keluaran negara kita sendiri.
    Kereta pada masa ini, bukanlah suatu yang asing. Malah ianya adalah satu kenderaan wajib atau asas keperluan keluarga. Mungkin satu masa dahulu, kereta hanya mampu dimiliki oleh orang-orang yang berada, namun begitu, pada zaman sekarang, kereta merupakan keperluan asas untuk bergerak kemana-mana.
    Saya bukanlah ingin bersikap prejudis terhadap negara sendiri, namun apa yang cuba disampaikan adalah realiti yang berlaku hari ini dalam industri automatif negara. Sebenarnya, rakyat negara Malaysia sepatutnya diberikan hak dan kebebasan untuk memilih dan menerima barangan yang lebih baik kualitinya. Sekurang-kurangnya turunkan duit import yang boleh dikatakan agak menekan rakyat ataupun industri automatif negara itu sendiri dipertingkatkan yang melibatkan kereta Nasional.
    proton perodua1 Cukai Kereta Import Bebankan Rakyat Malaysia. Boleh Turun?
    Bukanlah mengatakan kereta keluaran Proton atau Perodua tidak bagus, tetapi sebenarnya kita telah membayar harga kereta Malaysia dengan kadar yang tinggi untuk kereta yang berada dalam kelas sebegitu. Sepatutnya, kereta Proton Waja misalnya tidak perlulah diletakkan harga terlalu mahal sehingga RM 64,000, sedangkan kereta-kereta lain yang berada di kelasnya, malah lebih lagi, hanya sekitar RM 62,000 sahaja.
    “Cukai perlu tetapi biarlah munasabah”
    Apakah yang membuatkan harga kereta Proton ini mahal sebenarnya?
    • Ini adalah kerana Proton sehingga sekarang, masih lagi mengharapkan vendor-vendor yang dilantik, untuk membuat dan menghantar komponen-komponen pada Proton.
    • Apa yang Proton buat adalah, hanya memasang komponen terbabit.
    • Jadi, apabila vendor menjual komponen yang disiapkan kepada Proton, kemudian Proton juga mengambil peratus keuntungan terhadap komponen tersebut, harganya pastilah meningkat naik dan…………
    • Akhirnya membebankan bakal pemilik kereta iaitu rakyat Malaysia sendiri yang terpaksa membayar kos harga yang tidak sepatutnya setiap bulan kepada bank.
    Penggunaan kereta sudah menjadi keperluan asas ketika ini. Diharap Proton mengambil teguran ini sebagai teguran yang membina dengan harapan rakyat Malaysia mahu melihat industri automatif negara berkembang pesat dan lebih maju kehadapan. Sebagai inisiatifnya, Proton patut mengambil langkah wajar dalam mengurangkan Vendor-vendor yang membekalkan komponen dan mula membuat komponen di dalam kilang pemasangannya di sini. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kos “orang tengah”  dan seterusnya, harga kereta Proton dapat di selaraskan pada tahap ekonomi rakyat yang lebih baik.
    beli kereta1 Cukai Kereta Import Bebankan Rakyat Malaysia. Boleh Turun?
    Baru-baru ini, faedah bank untuk pinjaman kereta juga telah dinaikkan. Semestinya, pada waktu ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda membeli atau menukar kereta baru. Berikut adalah kadar terbaru faedah:
    1) Kereta Import (Mercedes,Ferrari,Nissan,Toyota,Honda dll)
    • Pinjaman 5 tahun – 3.5%
    • Pinjaman 7 tahun – 3.75%
    • Pinjaman 9 tahun – 3.85%
    *Kadar lama antara 2.88% hingga 3.5%)
    2) Kereta Nasional (Proton,Perodua,Naza,Inokom dll)
    • Pinjaman 5 tahun– 3.85%
    • Pinjaman 7 tahun– 4.00%
    • Pinjaman 9 tahun– 4.10%
    *Rate lama antara 3.5% hingga 3.75%
    Kenaikan ini secara kasarnya adalah berada di dalam lingkungan RM 12-RM 15 sebulan. Namun begitu, jika diambil kira Rm 15 x 12 bulan x 9 tahun, jumlahnya adalah RM 1620. Satu jumlah yang kecil bagi sesetengah orang yang berpendapatan tinggi namun tidak, bagi ramai orang yang berpendapatan sederhana atau rendah.
    Apa yang dikesalkan di sini adalah, Duti Eksais masih lagi tidak dikurangkan tetapi Faedah pula yang dinaikkan.
    • Wajarkah rakyat Malaysia golongan pertengahan dan berpendapatan rendah diperlakukan begini?
    • Mereka yang berpendapatan rendah mampu membeli kereta import ketika ini? Semestinya tidak
    • Jadi apa pilihan mereka?
    • Akhirnya….”dipaksa” membeli kereta yang kualitinya tidak setanding kereta keluaran negara lain pada harga yang lebih mahal malah tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik?
    Kita sebagai pengguna berhak untuk menyuarakan pendapat terhadap senario yang berlaku sekarang. Di mana kedudukan AFTA yang pernah dicanangkan lebih 10 tahun dulu? Sampai bilakah Kerajaan patut memberikan tongkat kepada Proton dan Perodua? Dan sampai bila rakyat Malaysia harus membeli produk rebadged dari pengeluar kenderaan lain harus berdepan cukai kereta importyang agak tinggi dan menekan rakyat bawahan.

    Sunday, October 23, 2011

    Marco Simoncelli Killed In An Accident at Malaysian MotoGP

    Marco Simoncelli disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan terburuk di Sepang. Ekoran disebabkan kemalangan tersebut, Perlumbaan MotoGP terpaksa dibatalkan pada pusingan pertama Perlumbaan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Shell Advance Malaysia 2011 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)


    Dua pelumba lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut, Colin Edward yang memandu Monster Yamaha Tech 3, mengalami cedera di bahu manakala Valentino Rossi, memandu Ducati, tidak mengalami sebarang kecederaan.



    Saturday, October 8, 2011

    Rahsia Jutawan

    Sebenarnya tak mustahil untuk kita menjadi seorang jutawan walaupun kita hanya berasal daripada keluarga yang berlatarbelakang sederhana. Steve Job pada asalnya bukanlah seorang yang cemerlang pada peringkat persekolahannya tetapi dengan semangat dan kreativiti, lihat lah apa yang mendiang telah kecapi sekarang. Dapatkan e-book yang tentang bisnes di internet. Ketahui Rahsia Bagaimana Mereka Boleh Menghasilkan Ribuan Ringgit Melalui Internet <<== klik sini

    Thursday, August 11, 2011

    HaLaL HaRaM :-:-:-:


    mAkAnAn hALaL hArAm.......

    BISMILLAH......


    Untuk Panduan Bersama
    Subject: soal jawab JAKIM & Pengguna

    Q : Adakah makanan berasaskan daging lembu dan ayam dari Restoran Western Food seperti CHILI's dan Victoria Station disahkan HALAL oleh JAKIM ?

    A : rangkaian kedai makan western food seperti Chilli's dan Victoria Station tidak tersenarai sebagai pemegang sijil halal JAKIM,untuk makluman , adalah menjadi polisi JAKIM tidak akan memberi pengesahan halal kepada mana-mana restoran yang mendakwa menjual makanan halal tetapi dalam masa yang sama turut menyediakan minuman tidak halal atau menu yang tidak halal seperti menyediakan steak yang menggunakan arak sebagai bahan dala! m masakan. nn


    Q : Sila beri penjelasan berkenaan dengan status kehalalan Starbucks. Sekiranya pihak Starbucks atau pihak mana-mana sekalipun masih belum menghantar permohonan sijil halal, diharapkan pihak JAKIM dapat mengambil initiatif untuk menunaikan hak mereka selaku sebuah organisasi yang berkaliber. Terima Kasih

    A : starbucks tidak tersenarai sebagai pemegang sijil pengesahan halal JAKIM,oleh itu JAKIM tidak mempunyai maklumat bahan-bahan yang digunakan di restoran ini sama ada halal atau tidak. Untuk makluman, pengesahan halal JAKIM adalah dipohon secara sukarela,terpulang kepada syarikat sama ada mereka berminat untuk mendapatkan pengesahan halal JAKIM atau tidak. Inisiatif untuk mendapatkan logo halal JAKIM perlu dilakukan oleh pihak syarikat sendiri bu! kannya JAKIM, sekiranya mereka sensitif dan peka dengan keperluan pengguna Muslim dan ingin menarik lebih ramai pelanggan maka merekalah yang perlu mengambil tindakan. nn


    Q : Assalamualaikum, Saya diberitahu bahwa syarikat colgate telah gagal mendapatkan logo halal. Ini disebabkan pihak colgate telah menggunakan kalsium yang diambil dari tulang babi. Sebenarnya saya telah menggunakan colgate dari kecil lagi. Saya inginkan kepastian supaya jika ia tidak halal dan mengandugi tulang babi, saya akan hentikan serta merta penggunaannya. Terima kasih.

    A : Untuk makluman produk colgate adalah halal dan selamat digunakan oleh pengguna muslim, sungguhpun produk ini dibuat di Thailand, terdapat badan islam di Thailand yang telah dilantik ol! eh JAKIM yang mengawasi prosesan produk ini sentiasa halal dan selamat digunakan oleh orang islam. Dakwaan mengatakan produk ini tidak halal adalah tidak benar. nn 


    Q : Assalammualaikum. Saya mempunyai kemuskilan mengenai beberapa makanan segera di malaysia dimana kebanyakkannya disediakan dalam keaadaan tidak begitu sempurna tetapi memiliki sijil halal dari JAKIM. Saya sering mendapat email mengenai makanan segera seperti KFC dimana didalam email tersebut menerangkan:-
    1. Ayam disembelih dalam keaadan digantung
    2. Disembelih dalam keaadaan tidak mati sepenuhnya lalu dicelup kedalam air panas.
    3. Disembelih oleh orang perempuan
    4. Mati dalam perjalannan kekilang penyembelihan dalam keaadaan seperti bangkai tetapi tetap digantung dan disembelih. Jadi KESIMPULANNYA ... SAH KE SIJIL JAKIM YANG DILULUSKAN UTK K! FC dan boleh ke dimakan?

    A : KFC telah mendapat sijil pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan dan sentiasa diawasi bahawa penyembelihan ayam untuk KFC adalah sah dan menepati syarat yang ditetapkan oleh hukum syarak. Sekiranya orang ramai masih meragui sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pengesahan halal di Malaysia, maka rujukan halal manakah lagi yang boleh dipegang oleh orang ramai? Orang ramai sepatutnya lebih bijak menilai maklumat yang diterima adakah benar atau hanya khabar angin yang disebarkan tanpa rujukan yang benar yang sengaja disebarkan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu terutamanya persaingan didalam perniagaan


    Q : Assalamuala! ikum, Baru-baru ini, suami saya telah membeli satu balang gula-gula jenama Cadbury dan sekarang ini iklannya tersiar di TV -iklan mengenai sampul hari raya.Anak saya ternampak kod E471 di bahagian balang tersebut dan mengetahui yang ianya termasuk dalam sumber yang tidak halal. Beliau keliru dengan logo tanda halal dan kod E471 tersebut. Saya mohon kepastian pihak tuan berhubung perkara ini.

    A : Syarikat Cadbury Malaysia telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan setiap produk yang dikeluarkan oleh kilang ini adalah halal dan menggunakan bahan yang halal. E471 yang digunakan didalam coklat cadbury ini telah dipastikan dari sumber yang halal iaitu berasaskan tumbuhan. E471 boleh dihasilkan dari 2 sumber iaitu tumbuhan atau pun haiwan. Bukan semestinya semua E471 adalah haram, perlu dikenalpasti dahulu bahan asas yang digunakan! untuk menghasilkan E471 itu terlebih dahulu. Sekiranya bahan asasnya adalah tumbuhan, E471 itu adalah halal.


    Q : ASSALAMUALAIKUM... SAYA INGIN MENGETAHUI STATUS RANGKAIAN RESTORAN SECRET RECIPIE...ADAKAH SYARIKAT INI TELAH MENDAPATKAN/MEMOHON SIJIL HALAL DARI JAKIM...
    SETAHU SAYA RAMAI DI ANTARA PENGGUNJUNG KE RESTORAN INI TERDIRI DARIPADA MUSLIMIN/MUSLIMAT... SELAIN KEK..TERDAPAT BANYAK LAGI HIDANGAN-HIDANGAN LAIN DISEDIAKAN. SEKIAN, TERIMA KASIH

    A : wslm, Syarikat secret recipe telah mendapat sijil halal dari jakim. Sekian terima kasih


    Q : Adakah Jakim mengikti! raf produk-produk yang disahkan halal oleh IFANCA, USA (maklumat organisasi seperti di bawah) kerana IFANCA mendakwa ia telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk mengiktiraf perihal halal nya produk-produk dari Amerika. Saya telah membeli produk kesihatan SUPA EPA edaran COSWAY yang disahkan halal oleh IFANCA. Pada bungkusan produk dinyatakan sumber gelatin adalah dari 'Bovine'. Saya telah cuba mencari siapakah pengendali / pihak pengurusan IFANCA untuk memastikan kelayakan mereka di dalam mengiktiraf halal nya sesuatu produk tersebut tetapi gagal. Di harap pihak Jakim dapat memberikan pandangan berhubung perkara ini. Terima kasih.

    A : IFANCA adalah badan islam yang telah dilantik oleh JAKIM untuk memberi pengesahan halal bagi produk dari USA terutamanya daging dan produk berasaskan daging. Terdapat 2 lagi badan islam dari USA yang juga! telah dilantik oleh JAKIM untuk memberi pengesahan halal kepada produk dari US yang dieksport ke Malaysia iaitu : Halal Food Council South East Asia dari Salisbury dan Islamic Services America dari Iowa.


    Q : Assalamualaikum,
    Saya memohon kepastian daripada pihak yang arif di JAKIM mengenai E471. Adakah ada E471 yang halal? Tidak pula pernah saya jumpa E471 yang halal sumbernya.
    Boleh dikatakan semua makanan keluaran London Biscuits menggunakan E471..

    A: Merujuk kepada senarai pemegang sijil halal JAKIM, London Biscuit adalah tersenarai sebagai pemegang sijil halal JAKIM dan telah dipastikan oleh pegawai teknologi makanan JAKIM bahawa emulsifier (E471) yang digunakan adalah halal iaitu bahan yang berasaskan tumbuhan. Unt! uk makluman, emulsifier E471 boleh diperbuat daripada dua sumber iaitu tumbuhan dan haiwan. JAKIM menerima emulsifier (E471) yang berasaskan tumbuhan sebagai halal. Manakala emulsifier yang diperbuat dari haiwan dikategorikan sebagai haram.


    Q : ASSALAMUALAIKUM... Adakah kuih bulan jenama KAM LUN TAI telah dihalalkan balik??

    A : Kuih bulan jenama Kam Lun Tai telah mendapat sijil halal dari JAKIM.


    Q : saya menyemak hotel yang disenaraikan mempunyai hidangan halal dalam laman JAKIM dan didapati tiada hotel di Langkawi dan Kedah dalam senarai tersbut. ! Mohon maklum balas.

    A : Memang tidak terdapat senarai hotel di Kedah dan Langkawi di dalam Portal Halal JAKIM.Ini kerana hotel tersebut tidak memohon sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Kedah.Oleh itu saudari boleh mencadangkan supaya hotel tersebut memohon sijil halal kepada Jabatan Agama Islam Kedah.


    Q : ASSALAMMUALAIKUM, BARU- BARU INI SAYA MENERIMA E-MAIL YANG MENGATAKAN PRODUK KELUARAN HIGH 5 ADALAH TIDAK HALAL UNTUK DIMAKAN. OLEH YANG DEMIKIAN SAYA AMAT BERHARAP AGAR PIHAK TUAN DAPAT MENGESAHKAN PEKARA INI. SEKIRANYA PRODUK TESEBUT TIDAK HALAL DIMAKAN MENGAPA TERDAPAT LOGO HALAL, YANG BOLEH MENGELIRUKAN PENGGUNA.

    A : W'salam Saudari yang dihormati, Produk keluaran high-5 telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan setakat ini merupakan pemegang sijil halal JAKIM yang komited. Harap maklum


    Q : Saya ingin meminta pengesahan JAKIM tentang status produk Ayam 5 Star yang dikeluarkan oleh Perniagaan Pertiwi, yang beralamat di Senawang N.Sembilan. Ini kerana di pembungkusannya terdapat logo HALAL dan popular di kalangan orang-orang Islam kerana rasanya, dan banyak di pasaran-pasaran hypermarket.

    A : w'salam Saudara yang dihormati, Sukacita dimaklumkan bahawa produk keluaran syarikat tersebut telah mendapat pengesahan halal daripada JAKI! M. Terima kasih atas pertanyaan anda.


    Q : Adakah kabanyakan kerongsong pil-pil mengandungi bahan dari babi?

    A : w'salam Saudari yang dihormati, Kerongsong pil (kapsul) ubat mungkin dibuat daripada gelatin iaitu sejenis bahan yang didapati daripada sumber haiwan sama ada lembu,khinzir atau ikan. Terdapat juga kapsul yang dibuat daripada tumbuhan yang dipanggil vegicap. Sila rujuk label ubat/pil untuk keterangan lanjut.


    Q : Tuan, sepanjang saya tinggal di Batu Pahat, terdapat dua buah premis restoran yang mempamerkan logo halal di pintu kedai masing-masing. T! etapi, yang pastinya mereka menjual minuman keras. Satu daripadanya yang saya lihat ialah Restoran Grill yang terletak bersebelahan Maybank jalan Rahmat (Bukit Pasir). Apakah tiada seorang Muslim pun yang ambil kisah atau tiada yang perasan. Harap ada tindakan susulan dibuat demi menjaga umat Islam. Terima kasih.
    Note-premis satu lagi akan saya maklumkan nanti. Ini kerana saya pernah diajak kawan makan kat situ. Masuk aje, dah berbau masam - bau arak. Walhal kat dalam tu ada beberapa keluarga muslim sedang makan. Tak pekakah mereka tu?

    A : Sebagai makluman kepada semua pengguna Muslim, JAKIM tidak akan memberi pengesahan halal kepada mana-mana restoran yang turut menjual minuman arak walau pun pihak restoran mendakwa makanan yang disediakan adalah halal. JAKIM mengambil kira dari segi penggunaan perkakasan di restoran-restoran terbabit did! apati terdapat percampuran penggunaan seperti pinggan mangkuk, cawan, periuk, belanga, sinki dan sebagainya dimana tiada pengasingan antara perkakasan untuk minuman/makanan halal dan tidak halal. Dinasihatkan kepada para pengguna Muslim agar tidak terpedaya dengan dakwaan bahawa makanan yang disediakan adalah halal tetapi dari segi penggunaan perkakasan adalah bercampur aduk dengan yang digunakan untuk makanan/minuman tidak halal.


    Q : Assalamualaikum Saya inginkan penjelasan dr pihak JAKIM. Saya telah mencari dlm web JAKIM tapi tdk ternampak samada produk COSWAY adalah halal. Adakah produk COSWAY semuanya halal?

    A : w'salam Saudari yang dihormati,! Tidak kesemua produk Cosway mendapat pengesahan halal JAKIM kerana sesetengahnya adalah barangan yang diimport dan ada juga yang sedang membuat permohonan pensijilan halal. Sila rujuk semula kepada produk dan nama pengilang untuk membuat pengesahan status halal sesuatu produk tersebut. Sekian, dimaklumkan.

    petikan dipetik dari internet~

    Suspek yang menyerang Mohd Asyraf di London Di tahan



    Menurut polis, suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan kerana disyaki terlibat dengan rompakan dalam insiden serangan di Barking, pada Isnin lalu.
    Suspek Serang Mohamad Asyraf Ditahan
    Serangan ke atas Mohamad Asyraf Haziq, 20, penuntut perakaunan itu telah menjadi tajuk muka depan akhbar utama Britain selepas rakaman serangan berkenaan disiarkan ke dalam YouTube.
    Ketika kejadian, Mohamad Asyraf sedang berbasikal untuk ke rumah rakannya bagi berbuka puasa.
    Serangan itu menyebabkan dia mengalami kecederaan dan terpaksa menjalani pembedahan di bahagian rahang.
    Dalam pada itu, Mohamad Asyraf berkata, dia terkilan kerana perusuh tersebut kebanyakannya adalah kanak-kanak.
    “Ada penyerang tersebut mengugut untuk menikam saya. Sebahagian daripada mereka adalah remaja, mungkin masih di sekolah. Mereka menuntut basikal yang saya naiki,” katanya.
    Namun bagi Mohamad Asyraf, serangan tersebut tidak akan melemahkannya sebaliknya dia bertekad untuk terus menetap di Britain sehingga tamat pengajian dalam bidang perakaunan.
    “Keluarga saya bimbang malah ibu saya meminta supaya saya kembali ke Malaysia namun saya menetapkan untuk kekal di sini.
    “”Britain adalah sebuah negara yang hebat. Sebelum datang saya begitu teruja dan saya tidak berkecil hati terhadap insiden ini,” katanya
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...