Tuesday, May 3, 2011

Tip Membeli Rumah atau Kedai dan sebagainya..

Tip Kepada Pembeli Rumah Untuk Membeli Rumah dari Pihak Pemaju Perumahan (Dipetik daripada Harian Metro)

Saya harap tip yang diberikan dapat dijadikan panduan kepada para bakal pembeli rumah.

Sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, pembeli hendaklah membuat tinjauan. Antaranya adalah :

Jika membeli daripada pemaju, pastikan anda lakukan perkara-perkara berikut. 
Memastikan kedudukan dan kekuatan kewangan syarikat pemaju perumahan.
Pembeli dinasihatkan membuat lawatan ke pejabat pemaju bagi memastikan :

a) Sama ada pemaju mempunyai lesen pemaju perumahan, permit iklan dan jualan yang diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
b) Menyemak kewangan pemaju, pengarah-pengarah syarikat serta kunci kira-kira beraudit terakhir syarikat.

Perkara lain yang perlu dititik beratkan adalah :

1) Membuat lawatan ke tapak atau lokasi projek.
2) Membuat semakan dengan pejabat tanah mengenai hakmilik, nombor lot, jenis penggunaan tanah, sekatan  kepentingan, pegangan tanah sama ada kekal atau pajakan.
3) Membuat perkiraan dengan teliti kedudukan kewangan sendiri seperti kelayakan mendapat pinjaman.
4) Memberi pertimbangan sewajarnya kepada insurans perlindungan bagi jumlah pinjaman.
5) Pembeli dinasihatkan jangan terpengaruh dengan rumah contoh atau lakaran reka bentuk atau mengamalkan sikap tidak apa kerana keadaan ini menyebabkan keputusan yang akan dibuat tidak tepat.
6) Sekiranya bakal pembeli mempunyai keraguan sama ada mengenai pemaju projek atau sebagainya sila hubungi Bahagian Pelesenan dan Khidmat Nasihat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Saya harap dengan tip yang diberi, ia dapat membantu pembeli membuat keputusan dengan lebih baik.


ketahui rahsia jutawan internet

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...